Tuesday 13 April 2021

 PROGRAM GEN-T ISLAH FALAH ' INGATLAH SAYANG '  TAHUN 2021

Pada 5 hingga 8 April 2021 telah dijalankan program Gen-t Islah Falah ' Ingatlah Sayang ' tahun 2021. Program ini merupakan program anjuran JPNT yang berfokuskan kepada pembangunan sahsiah murid khusus kepada semua murid tingkatan 1 seluruh Negeri Terengganu.

Program ini mengandungi 6 cabaran utama iaitu:

1. Ponteng

2. Penyalahgunaan Gajet

3. Pergaulan Bebas

4. mencuba dadah

5. jenayah buli

6. kesihatan dan keselamatan diri









Tuesday 9 March 2021

 MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

Pada 7 Mac 2021 bermula jam 11.30 pagi telah diadakan penyerahan bantuan awal persekolahan (BAP) bagi semua tingkatan iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Ianya dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selaras dengan keadaan kita yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  Hanya penjaga yang perlu hadir serta perlu memakai pelitup muka serta mengimbas suhu ketika di Pondok Jaga dan mendapatkan BAP di kaunter yang telah disediakan di perkarangan sekolah.

Majlis penyerahan berjalan dengan lancar dan sempurna serta telah tamat dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sehingga jam 1 petang.  Semoga BAP yang diterima dapat membantu untuk menyempurnakan persekolahan yang bakal dibuka pada bulan April 2021 nanti.








Wednesday 2 September 2020

 PELAKSANAAN SKOR KOMPENTENSI TAHUN 2020

2 September 2020 (Rabu), Unit Makmal Komputer SMA Marang telah mengadakan Skor Kompentensi untuk Tahun 2020.  Ianya telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani.  Pelajar yang terlibat adalah pelajar dari 5 IS seramai 18 orang. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mamat bin Hassan.  Penyampaian sijil telah dilakukan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Khatijah Bin Mohd.

          






           

 

 

 

Friday 28 August 2020

 ZIARAH CAKNA 

Pada 27 Ogos 2020 (Khamis) pihak Pengurusan Sekolah Menengah Agama Marang telah mengadakan Ziarah Cakna Pelajar yang  kematian bapa akibat kemalangan jalanraya. Pelajar yang telah menjadi anak yatim ini bernama Sheena Badtrisya binti Mohamed Shukri dari Tingkatan 1T. Pelajar ini berasal dari Chendering. Program ini dikendalikan bersama oleh Pengurusan Guru kelas, Unit kebajikan dan disertai juga oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Semoga adik Sheena akan tabah dalam menempoh hidup walaupun telah kehilangan bapa.



 

 

 

Wednesday 26 August 2020

 MAJLIS LAMBAIAN KASIH, BUDI DIKENANG BAKTI DIJULANG

12 Ogos 2020 (Rabu) Majlis Persaraan Tuan Pengetua SMA Marang, Haji Awang Dahan Bin Jusoh telah diadakan di Dewan Al-Hikmah SMA Marang. 

Majlis diadakan dengan perarakan Haji Awang Dahan Bin Jusoh menaiki kereta kuda mengelilingi perkarangan sekolah serta diikuti perarakan masuk ke dewan.

11.00 Pagi  :     Perarakan masuk ke dewan disertai Selawat

                    :     Nyanyian lagu Negaraku

                    :       Ucapan aluan pengerusi majlis

                    :       Bacaan doa

                    :       Ucapan wakil pelajar

                    :      Ucapan wakil  kakitangan sekolah

                    :      Ucapan wakil guru

                    :     Ucapan Pengarah Pendidikan Terengganu/ Wakil

                          Yang Berbahagia Encik Salim Bin Ab Ghani

                    :    Ucapan  yang diraikan  :

                         Tuan Haji Awang Dahan Bin Jusoh

                         Pengetua SMA Marang

                    :   Jasamu dikenang & tayangan multimedia

                   :     Penyampaian cenderamata

                  :     Lambaian kasih, perarakan keluar  disertai selawat

 Semoga dengan pesaraan ini, Tuan Pengetua Haji Awang Dahan bin Jusoh diberikan kesihatan yang   baik dan bahagia selamanya.
















 MAJLIS SAMBUTAN TUAN PENGETUA TN HJ AHMAD RIDHUAN BIN ABDUL GHANI

25 Ogos 2020 (Ahad), Majlis Sambutan pengetua baru telah diadakan secara sederhana tapi meriah di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama Marang. Tuan pengetua baru ini menggantikan Tn Hj Awang Dahan Bin Jusoh yang telah bersara wajib pada 16 Ogos 2020. 

Semoga dengan kepimpinan baru ini, Sekolah Menengah Agama Marang akan lebih cemerlang di persada pendidikan.





Friday 14 February 2020

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020

Tanggal 4 Februari 2020 telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Dewan Al-Hikmah SMA Marang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMA Marang iaitu Tn Hj. Hassan Bin Awang.

Semoga duit yang diterima oleh para pelajar yang terpilih akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka berjaya di dunia mahupun akhirat.