SAMBUTAN MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEBANGSAAN
Walaupun sudah agak terlewat untuk membuat Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan bagi tahun 2017, tetapi tetap jua dilaksanakan pada 5 September 2017 di Dewan Al - Hikmah SMA Marang.
Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan bacaan Asma ul-Husna, nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Husamudin dan bicara kemerdekaan oleh Cikgu Shafie Bin Shamsuddin.
Pelancaran Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Awang Dahan Bin Jusoh. Gimik pelancran telah dilakukan setelah selesai ucapan perasmian.