PERTANDINGAN IKLIM SEKOLAH TAHUN 2017
8 Oktober 2017 iaitu hari Ahad, Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan telah melakukan penilaian untuk 7 kategori pertandingan iaitu :-
1. Pengurusan Dewan Sekolah
2. Pengurusan Asrama Puteri
3. Pengurusan Pejabat Dan Pembangunan Sumber
4. Pengurusan Bilik Kaunseling
5. Pengurusan Surau Sekolah
6. Pengurusan Bilik Buku Teks
7. Pengurusan Bilik Pengurusan Stor
Rombongan hakim penilai telah disambut dengan iringan bunga manggar dan paluan kompang sehingga ke tempat mengambil gambar. Seterusnya rombongan dibawa ke bilik mesyuarat untuk untuk acara yang telah diprogramkan. Seterusnya hakim penilaian berpecah ke bahagian masing-masing untuk membuat penilaian masing-masing.