Thursday 22 October 2015

literasi maklumat


literasi maklumat adalah sesuatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan menrangkumi kebolehan dan mencari dan menperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif.ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi menbantu menbuat pilihan dan penyelesaian masalah secara efektif



Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar Pembaguna Negara

  1.  membangunkan ekonomi berasakan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
  2.  memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpergatahuan
  3.  belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menhayati konsep pendidikan seumur hidup.
  4.  Pembangunan ICT dan pendidikan 
  5.  Matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang berhemah dan berakhlak muliaHidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat .




Dari Aspek Ekonomi

Menurut Barner(1996) beberapa budaya ditempat kerja telah dikenalpasti.Berasaskan budaya-budaya ini,pekerja zaman,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
1.  Organisasi maya (Virtual Organization)
2. Bertindak sebagai Pembekal , Pengeluar dan Pengurus Maklumat
3. Ramai pekerja sementara , sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
4. Penggunaan komputer dan sistem elektronik
5. Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti (Learning Organization)


Siapakah yang dikatakan sebagai seoarang yang "Berliterasi Maklumat"?


1. Boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
2. Boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan

3. Bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
4. Menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
5. Menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan 
6. Melaporkan meklumat dengan berkesan sama ada secara verbal, penulisan atau teknologi
7. Mengguna meklumat yang diperolehi secara beretika.


5. ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN 
1.1 Lokasi bahan 
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak(Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak


2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya


3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI/MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal-mandapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation/nota kaki dan rujukan.

5. KEMAHIRAN ICT
5.1 pencarian maklumat digital,pangkalan data dan enjin carian.
5.2 menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERALATAN LITERASI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai startegi pengajaran melalui:

1.kerja kursus
2.projek khusus mata pelajaran tertentu
3.aktiviti kelas
4.aktiviti ko-kurikulum
5.kerja kendiri
6.program/aktiviti PSS
7.program membaca

Dimalaysia model-model yang diguna pakai adalah:

A. The Big6 Skills-Eisenberg and Berkowitz


Definisi Tugasan

kenalpasti masalah
kenalpasti keperluan maklumat

Startegi Pencarian Maklumat

kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan

Lokasi dan Akses

kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan

Mengguna maklumat

kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat

Sintesis

mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton

Penilaian

menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan




Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah

1.Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
2.Peningkatan Permitaan Terhadap Bahan Maklumat
3.Peningkatan Permintaan  Terhadap Akses Kepada Maklumat
4.Peningkatan Penyebaran maklumat
5.Peningkatan Pencapaian Akademik
6.Peningkatan Pencapaian ko-kurikulum
7.Aktiviti penyelesaian maslah dan lain-lain


Bacaan tambahan berkaitan literasi maklumat

http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/

literasi maklumat

Monday 19 October 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK KEMASIK, KEMAMAN

HARI: AHAD
TARIKH:18.10.2015






Tuesday 29 September 2015

PENGHAKIMAN PUSAT SUMBER NEGERI TERENGGANU OLEH MAJLIS AGAMA DAN ADAT ISTIADAT  NEGERI TERENGGANU (MAIDAM)

TARIKH: 28 SEPTEMBER (ISNIN)
MASA   : 10.00 PAGI





Tuesday 15 September 2015

LAWATAN PERKONSIAN PINTAR PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG KPP/PEGAWAI BTPN/PKG DAN GPM PERLIS.

TARIKH: 7 SEPTEMBER 2015(SELASA)
MASA : 10.30 PAGI

  Tepat jam 10.30 pg ,ketibaan tetamu disambut dengan iringan oleh Pengawas Pusat Sumber SMA MARANG dan alunan selawat .


Sunday 17 May 2015

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA IMTIAZ KOSPINT

Pada 7 MEI 2015 guru-guru PSS IMTIAZ KOSPINT Serada bersama dengan Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Ruslan Bin Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Baitul Hikmah SMA MARANG.

Lawatan disertai  oleh 5 orang guru PSS. Lawatan bermula dengan melawat semua unit PSBH dan seterusnya berada di Perpustakaan PSBH untuk melihat dengan lebih dekat tentang penyediaan Fail Meja dan Fail Kuasa. Cara untuk stok buku juga diberi perhatian kursus. Lawatan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 2 petang.









Thursday 23 April 2015

JOM BACA BERSAMA  10 MINIT

Pada 23 APRIL 2015 tepat jam 10 pagi telah diadakan jom membaca bersama selama 10 minit di dewan SMA MARANG

































Kelab Perpustakaan Dan Media telah menjalankan aktiviti membuat keychain fabrik dengan kerjasama daripada Mini RTC (Rural Transformation Centre) Alor Limbat pada 14/4/2015 (SELASA). Pelbagai bentuk telah direka oleh ahli kelab mengikut citarasa masing-masing.