Wednesday 6 June 2018

MAJLIS AMBANG SYAWAL DAN SUMBANGAN HARI RAYA 1439H / 2018M

21 Ramadhan 1439H  bersamaan 6 Jun 2018 iaitu hari Rabu telah berlangsung Majlis Ambang Syawal dan Sumbangan Hari Raya 1439H / 2018M.  Majlis telah diadakan di Dewan Al-Hikmah, SMA Marang. 

Majlis ini diadakan sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak bagi memupuk semangat kerjasama dan hubungan yang baik di antara warga sekolah serta menjadikan mereka insan bertakwa.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Ambang Syawal oleh Ustaz Ahmad Zakwan bin Mohd dari SMA  Marang dan bacaan ayat suci Al-Quran telah disampaikan oleh PK Pentadbiran SMA Marang iaitu Tuan Hj Azanol bin Muda.  Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Awang Dahan bin Jusoh.  

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan penyampaian  cenderahati kepada petugas Ihya' Ramadan, pemenang pertandingan Ihya Ramadan serta penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar. Program ini diakhiri dengan majlis bersalam-salaman.