Apa itu Frog VLE



Lompatlah Keluar ke Frog VLE


The Frog Virtual Learning Environment (VLE) adalah satu sistem berasaskan web pembelajaran yang replikasi dunia sebenar pembelajaran dengan mengintegrasikan kesetaraan maya konsep konvensional pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan pelajaran, ujian, dan pentaksiran, manakala pelajar boleh mengemukakan kerja rumah dan mengetahui pencapaian mereka melalui VLE. Ibu bapa boleh melihat berita sekolah dan dokumen-dokumen penting manakala pentadbir sekolah boleh menganjurkan kalendar sekolah mereka dan menyebarkan notis sekolah melalui Internet.

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan. 


Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.


Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran

 




















 


No comments:

Post a Comment