Tuesday 27 January 2015

Penilaian Calon Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Negeri Terengganu Fasa 2 Tahun 2015

Tarikh : 25 Januari 2015
Hari    : Ahad


Pusat Sumber Baitul Hikmah SMA Marang telah mendapat kunjungan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu bagi Penilaian Kali ke 2 Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan.

Pegawai yang terlibat ialah Tn Hj. Akram @ Amir bin Abd Majid ( Penolong Pengarah, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan), Pn.Rohasliza bt Abd Wahab (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan), En.Amir bin Hamzah (Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pengurusan Sumber Pendidikan), Pn.Noraihan bt Mohamad (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan) dan En.El Gamillo bin Habibun Tan (Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pusat Kegiatan Guru Marang) serta Tn.Hj Razak bin Jusoh (Penolong Pesuruhjaya Sumber & Teknologi Maklumat, Bahagian Pendidikan MAIDAM, Terengganu)













Tuesday 13 January 2015

Program Orientasi PSS Baitul Hikmah untuk Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015

Tarikh : 12 Januari 2015
Tempat : Dewan SMA Marang

Satu Majlis Orientasi PSS Baitul Hikmah telah diadakan kepada Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang Pusat Sumber Baitul Hikmah.

Sesi orientasi dimulakan dengan ucapan dari Guru Perpustakaan Media (GPM) PSS Baitul Hikmah, Cg. Norzana Omar.



Para pelajar diberi penerangan berkenaan PSS dan unit-unit dalam PSS iaitu Perpustakaan, Bilik Tayang dan BBM, Makmal Komputer, dan Unit Nilam.



Majlis orientasi diteruskan lagi dengan aktiviti Pertandingan Mewarna anjuran PSS Baitul Hikmah dan Unit Kaunseling.



Semoga semua pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 mendapat manfaat dari program yang diadakan dan memberi sokongan kepada PSS Baitul Hikmah