Monday 5 February 2018

BENGKEL ASAS KEWARTAWANAN  DAN SUNTINGAN VIDEO MENGGUNAKAN TALIPON PINTAR

Pada $ Februari  2018 iaitu pada hari Ahad telah berlangsung Bengkel Asas Kewartawanan dan Suntingan Video menggunakan Talipon Pintar di Makmal Komputer Baitul Hikmah, SMA Marang.  Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama dari Cikgu Shafiza Bt Shamsuddin, Ustazah Romaini Bt Mustafa dan Cikgu Syed Syaifullah Bt Syed Muhamad Zaidi.

Cikgu Shafiza telah memberi pendedahan awal tentang pengucapan awam, Ustazah Romaini pula telah mendedahkan pelajar tentang penulisan serta pengucapan skrip yang baik. Cikgu Syed pula telah mendedahkan cara-cara membuat suntingan video menggunakan talipon pintar.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Nor bin Wan Ismail, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Hal Ehwal Murid & Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.








PROGRAM SIMULASI CEGAH BULI

Program Simulasi Cegah Buli Bersama Pembimbing Rakan Sebaya Asrama (RASA)  telah diadakan pada 30 Januari 2018  iaitu hari Selasa pukul 8.00 malam.

Ianya telah diadakan di Dewan Al-Hikmah, SMA Marang dan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.  Sekolah yang mengendalikan program ini ialah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. Pengendalinya ialah Cikgu Siti Nor Ilham dan Cikgu Sapuan  Sampay.