Thursday 25 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA PERANGI AEDES

Pada 13 Mei telah dijalankan gotong-royong Mega Perangi Aedes di sekitar kawasan SMA Marang
Ianya melibatkan pelajar, ibubapa, guru dan masyarakat sekitar.  Sambutan yang diberikan adalah amat mengalakkan.




ZIARAH ILMU KE KHUTUB KHANAH DUSUN BUKU

Pada  8 MEI 2017 seramai 3 orang guru dan seorang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Ziarah Ilmu ke Khutub Khanah Dusun Buku.  dusun buku terletak di Kualai Ibai.  Di sini terdapat hampir 12 ribu bilangan buku termasuk rujukan, novel  serta agama.





Monday 8 May 2017

PERTANDINGAN PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA ARAB

Tanggal 8 Mei 2017 , bertempat di Sek. Men. Agama Marang telah berlangsung Pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan tahun 2017 untuk peringkat Zon A.

Pertandingan yang dilangsungkan adalah  Kalam Jamaie & Dikir Arab. 5 buah sekolah bertanding iaitu SMA Marang, SMA (atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, SMA Sultan Ismail, Dungun dan SMA Al_Falah, Kemaman.





Thursday 4 May 2017

PERTANDINGAN CHORASICAL

Pada 2 MEI 2017 Pasukan Chorasical SMA Marang telah menyertai pertandingan ini yang telah dijalankan di SMK Pengkalan Berangan. Ianya telah dianjurkan oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan. Tahniah kepada guru pembimbing dan pelajar-pelajar yang telah menyertainya.




MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 
&
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 
BAGI TAHUN 2017

Tuesday 2 May 2017

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU 5 HARI DI SESTER

Pada 2 hingga 6 April 2017 seramai 7 orang pelajar SPM tahun 2017 telah dihantar ke Sekolah Sains Terengganu (SESTER)  untuk mendapat pendedahan tentang cara pembelajaran mereka di sana.

Sehubungan dengan itu,  7 pelajar ini telah mengongsikan apa yang telah mereka dapati di SESTER kepada pelajar-pelajar SPM 2017 pada 2 Mei 2017.

Diharapakan perkongsian ini dapat digunapakai oleh pelajar-pelajar SPM tahun 2017 untuk meningkatkan kejayaan masing-masing untuk menghadapi SPM tahun ini.



LAWATAN PENANDA ARAS KE TV PSS AN NAJWA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KETENGAH JAYA




Pada 2 MEI 2017 seramai 4 orang guru dan 6 orang krew TV HIKMAH telah berpeluang untuk menyertai Lawatan Penanda Aras ke TV AN NAJWA  SKM Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.
Mereka tiba di sana tepat jam 10 pagi dan telah disambut oleh krew TV ANNAJWA.

Diharapkan semuga peluang yang diberikan ini akan menambahkan kebaikan untuk TV HIKMAH SMA Marang untuk lebih cemerlang di masa akan datang.