Tuesday 28 February 2017

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI, KOTA BHARU

Pada 27 Februari 2017, seramai 11 orang guru Pusat Sumber Baitul Hikmah (PSBH), 29 orang Pengawas PSBH dan 4 orang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah melakukan lawatan penanda aras ke SMATAAP. Kami tiba di sana pada jam 12.00 tengah hari dan telah disambut dengan mesra oleh PKHEM, GPM, guru-guru dan pengawas-pengawas Pusat Sumber Al-Humaira' SMATAAP.

Setelah sesi bergambar, satu sesi taklimat ringkas telah diadakan di Dewan Mumtaz oleh pihak SMATAAP. Pada jam 1.00 tengah hari, kami dibawa melawat ke tapak-tapak inovasi di sekitar SMATAAP. Sesi lawatan berinformasi ini tamat pada jam 2.30 petang.







Monday 27 February 2017

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSBH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS KOPERASI, KETUA KELAS & PEN. KETUAN KELAS

Majlis  Watikah Pelantikan  Pengawas  Sekolah,  Pengawas  PSBH, Pembimbing  Rakan  Sebaya, Pengawas  Koperasi  serta  Ketua dan penolong Tingkatan telah dilaksanakan  pada   26  Februari 2017 oleh wakil  DSP  Mohd  Suhaimi  Bin  Haji  Ali, Ketua  Polis  Daerah  Marang.

Seramai lebih kurang 300 orang telah menerima  watikah pada hari ini.  Diharapkan semuga dengan adanya watikah pelantikan ini, semua pelajar yang terlibat akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas masing-masing


Sunday 19 February 2017

CAKAP-CAKAP SAINS

Hari ini 19 Feb 2017 iaitu Selasa, 3 orang guru Sains telah dijemput ke  Program Penggalakan Sains & Inovasi  yang bertajuk 'Cakap-cakap Sains'  bertempat di Auditorium Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.




SUMUR TAHUN 2017

Pada hari ini tanggal 19 Feb 2017 iaitu hari Selasa telah diadakan Usrah untuk kali pertama di Dewan Al-Hikmah dan Surau. Semua guru dan pelajar terlibat dalam Usrah ini.  Usrah pertama ini bertajuk hormat-menghormati.