Monday 30 April 2018

ANUGERAH PEMBESTARIAN  SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG MARANG 2017

Pada 29 April 2018 telah diadakan Anugerah Pembestarian Sekolah-sekolah PKG Marang tahun 2017.  Pada asalnya Anugerah ini dirancang untuk diadakan pada tarikh lain dan bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ianya telah dibatalkan dan telah diadakan di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Anugerah ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Marang. dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang.  21 Anugerah PSS cemerlang dan 25 Anugerah ICT cemerlang telah disampaikan.















Thursday 19 April 2018

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK KELAPA SAWIT, JOHOR BAHRU

Tarikh 16 April 2018 iaitu hari Rabu, seorang Pegawai serta 4 orang Guru Perpustakaan & Media dari Jabatan Hal Ehwal Terengganu telah melakukan Lawatan penanda Aras ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit, Johor Bahru.

Lawatan kita telah disambut mesra oleh Pengetua, Encik Rahmat bin Baharudin.  Kami telah dibawa melawat ke Perpustakaan, Bilik Kauseling, Perkhidmatan mencuci, motorsikal, Perusahaan menanam  kulat, Perusahaan menternak udang, Galeri seni lukis, gaaleri islam, projek tanaman sunnah, projek menanam nenas,  dan kelas pemulihan khas (pembuatan samosa dan donat labu).

Diharapkan semoga perkongsian dari lawatan ini dapat dimanafaatkan bersama.













Monday 9 April 2018

MAJLIS TEMU MURNI TOV,PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN & AKU JANJI PELAJAR PT3 & SPM 2018

Pada 4 April 2018, di Dewan Al Hikmah telah dilakukan Majlis Temu Murni TOV, Pelancaran program kecemerlangan & aku janji pelajar PT3 & SPM untuk tahun 2018.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.M. Hj.Engku Abdullah bin Engku Dalam Ahmad, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Pengurusan Akademik, Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Hal ehwal Agama Terengganu.












MAJLIS PERTAULIAHAN DAN LAFAZ IKRAR SERTA MAJLIS PENGALUNGAN MANIKAYU PEMIMPIN 2 BEADS

Pada 31 Mac 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H  telah dilakukan Majlis Pertauliahan dan Lafaz serta Majlis Pengalungan Manikayu Pemimpin 2 Beads di Dewan Sri Nariah, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
Salah seorang dari guru sekolah ini telah terlibat dalam pertauliahan ini iaitu Keety Sarina Binti Mat Dom @ Mohamed Zin. Tahniah atas pertauliahan ini.







KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah dilaksanakan pada 3 - 5 April 2018. Perasmiannya telah diadakanpada 3 April 2018  oleh Tuan Pengetua, Hj Awang Dahan Bin Jusoh di Dewan Al Hikmah SMA Marang.  Tema KM1M pada tahun ini ialah Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan sambuatan KM1M.