Monday 23 July 2018

MOTIVASI TINGKATAN 5 TAHUN 2018

Tarikh 19 Julai 2018, Unit Kaunseling dengan kerjasama orang perseorangan telah dilakukan satu program motivasi kecemerlangan  pelajar Tingkatan 5 untuk tahun 2018.  Motivasi ini telah diberikan oleh  DJ Amm.  Semoga usaha murni ini akan membuahkan sesuatu yang istimewa dari pelajar Tingkatan 5 SMA Marang tahun 2015






MAJLIS TAKRIM HUFFAZ TAMAYYUZ SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018

Pada tanggal 12 Julai 2018, Sekolah Menengah Agama Marang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Majlis Takrim Huffaz Tamayyuz Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu bagi tahun 2018.  Seramai 21 orang pelajar telah menamatkan tasmi' sebanyak 30 juzz.
Semoga dengan anugerah ini semakin ramai yang akan mengikut jejak langkah pelajar-pelajar ini.











MAJLIS TEMU MURNI SMA MARANG TAHUN 2018

Pada hari Khamis 19 Julai 2018 telah diadakan temu murni untuk semua tingkatan di Sekolah Menengah Agama Marang.  Temu murni ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa / penjaga untuk berjumpa dengan guru tingkatan tentang kemajuan anak masing-masing.

Semoga dengan usaha pihak sekolah ini akan memberi pencerahan untuk pihak keluarga pelajar bagi meningkatkan prestasi pelajar dan juga sekolah.








LAWATAN KE FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL & AUTOMASI

Pada 17 Julai 2018 seramai 30 orang pelajar dan 3 orang guru Sekolah Menengah Agama Marang telah berpeluang untuk melawat ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal  & Automosi, TATI University College, Kemaman, Terengganu.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar  berkenaan tentang robotik dan automosi.  Diharapkan agar pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal berkenaan bidang ini seterusnya untuk menarik minat untuk menceburi bidang STEM.






Tuesday 10 July 2018

TAKLIMAT KERJA KURSUS  GEOGRAFI TAHUN 2018

3 Julai 2018 iaitu hari Selasa, satu Taklimat Kerja Kursus Geografi telah dilakukan oleh Setiausaha PT3 iaitu Cikgu Rosmalini Bt Wan Yeh kepada pelajar PT3 di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

Kerja Kursus Geografi ini bermula pada 8 Julai hingga 28 Julai 2018.  Diharapkan semoga pelajar dapat menyiapkan kerja kursus ini mengikut masa yang telah ditetapkan.





LADAP GURU KALI KE 27


9 Julai 2018, Isnin Pihak Pusat Sumber Baitul Hikmah telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang Instrumen Penilaian Pusat Sumber Baitul Hikmah untuk tahun 2018 dengan mengadakan taklimat dan bengkel.

Bengkel telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil dari kerjasama dari semua guru yang terlibat.  Semoga pemantauan yang akan diadakan antara tarikh 31 Julai hingga 15 Ogos 2018 akan menghasilkan  kejayaan yang diimpikan.





MAJLIS PENYAMPAIAN MOQUE CHEQUE ZAKAT

Majlis Penyampaian Moque Cheque Zakat  dari pihak Bank Rakyat telah diadakan di Dewan Al-Hikmah SMA Marang pukul 2.30 petang pada 8 Julai 2018. 4 orang Pegawai dari Bank Rakyat telah hadir ke Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

2 orang Pegawai telah berucap iaitu Ketua Wilayah Bank Rakyat, Encik Azman bin Abd. Aziz dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Marang, Encik Omar @ Mohd Fadli bin Yaacob. 

Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Azanol bin Muda telah mewakili Tuan Pengetua untuk menerima Moque Cheque bernilai Rm5000 ( Lima Ribu Ringgit Sahaja ) untuk pelajar-pelajar Asnaf yang cemerlang

Semoga dengan bantuan kepada pelajar ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut.






Tuesday 3 July 2018

LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENGKUANG

2 Julai 2018, Isnin seramai 12 orang guru termasuk Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah kebangsaan Padang Mengkuang. Kami tiba jam 8.30 pagi dan berakhir jam12.30 tengahari.

Lawatan kami telah dibawa ke tempat-tempat inovasi dan bilik-bilik  Pusat Sumber. Semoga hasil dari lawatan ini kami dapat digunakan untuk mengemaskini  Pusat Sumber kami.