Thursday 27 September 2018

KEM HUFFAZ GEMILANG TAMAYYUZ

Kem Huffaz Gemilang Tamayyuz  Zon B untuk tahun 2018 telah diadakan pada 22 hingga 24 September 2018 di Pusat Latihan Kerteh, Felda Kerteh 2/3, Paka, Dungun, Terengganu.
Semoga dengan Kem ini pelajar-pelajar Tamayyuz akan lebih yakin untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang untuk dunia dan akhirat.







JALSATUN USAIRAH DAN PELANCARAN SUDUT AWANI JUNIOR

25 September 2018 iaitu hari Khamis. Sekolah Menengah Agama Marang telah dikunjungi oleh YM Raja Hisyam Raja Zaid, Penerbit Astro Awani.  Beliau ditemani oleh Haji Akram @ Amir Abd Majid, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN serta 3 orang lagi pegawai BTPN.

YM Raja Hisyam tiba pada 2.30 petang dan dibawa ke Studio TV Al-Hikmah untuk  aturcara sembang santai dan perasmian sudut Awani Junior. Semoga dengan kehadiran beliau pihak krew TV Al-Hikmah akan lebih bersemangat untuk menghasilkan video-video yang lebih bermutu dan canggih.







Thursday 20 September 2018

PROGRAM SAYANGI DIRI SAHSIAH GEMILANG

20 September 2018  iaitu hari Khamis telah berlangsung Program Sayangi Diri Sahsiah Gemilang.  Program ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelajar lelaki di Surau dan pelajar perempuan di Dewan al-Hikmah.

Ceramah yang diberikan adalah bertajuk "Kerana dirimu begitu berharga, jauhi zina, hindari seks bebas". Penyampai ceramah di Dewan Al-Hikmah ialah Dr Mahani binti Nordin @ Kamaruddin, Ketua Penoling Pengarah Kanan (aids/hiv/hep C), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.  Sementara di Surau penceramah yang terlibat ialah Dr Mohd Adam bin Mohd akil, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Semoga dengan adanya ceramah ini, pelajar-pelajar akan lebih menyayangi diri mereka sendiri.








MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI KEBANGSAAN

17 Ogos 2018 iaitu hari Isnin telah diadakan majlis perasmian penutup Hari Kebangsaan yang ke 61 oleh Tuan Haji Awang Dahan bin Jusoh, Pengetua SMA Marang.

Majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan ucapan aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua. Hadiah untuk kelas sempena keceriaan bertemakan Hari Kebangsaan juga telah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Diharapkan dengan majlis ini, semangat patriotik guru dan pelajar-pelajar akan lebih bertambah.









PERTANDINGAN IKLIM SEKOLAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU

Pada 19 September 2018 iaitu hari Rabu, seramai 16 orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah hadir untuk membuat penghakiman pertandingan Iklim sekolah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

SMA Marang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengurusan  Asrama Puteri, Dewan, Pembangunan Sumber Manusia, Bilik Kaunseling, Bilik Buku Teks (BOSS) dan Bilik Stor Sukan.

Semoga ada kejayaan yang bakal SMA Marang raih.




Saturday 1 September 2018

PENILAIAN FASA 2 ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (APSSNT) 2018

Jam 8.30 pagi pada tanggal 30 Ogos 2018, Sekolah Menengah Agama Marang telah mula dinilai oleh 3 orang hakim dari Bahagian Pendidikan Teknologi  Negeri Terengganu.  Penghakiman dimulakan dengan ucapan rasmi di Bilik Mesyuarat SMA Marang.  Kehadiran dari wakil Pejabat Pendidikan Daerah Marang, wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, wakil  Pusat Kegiatan Daerah Marang dan wakil alumni menunjukkan kerjasama yang padu antara satu sama lain.

Tahun ini merupakan tahun ke 5  PSS SMA Marang mewakili Daerah Marang dalam anugerah ini.  Diharapkan semoga PSS SMA Marang akan terus unggul dalam apa jua situasi dan keadaan.