FUNGSI PSS

  1. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
  2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Merupakan tempat penyimpanan bahan pdp untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah
  4. Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum
  5. Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan
  6. Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  7. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri
  8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran
  9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi

No comments:

Post a Comment