Thursday 22 June 2017

MAJLIS AMBANG SYAWAL, SUMBANGAN AIDILFITRI  DAN BANTUAN AWAL KHAS PERSEKOLAHAN  FASA 2

22 JUN 2017 bersamaan dengan 27 Ramdhan 1438H iaitu hari Khamis telah diadakan  3 Majlis serentak aitu Majlis Ambang Syawal, Sumbangan Aidilfitri Dan Bantuan Awal Khas Persekolah Fasa 2.  Ianya  telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Hj Awang Dahan Bin Jusoh.  Dalam majlis ini juga telah disampaikan hadiah kepada pemenang sempena Ihya Ramdhan.  Tahniah kepada pemenang.













Wednesday 21 June 2017

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN & IFTAR JAMAEI 

Sekolah Menengah Agama Marang telah mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran di Surau bermula jam 4.30 petang dengan Sembahyang Asar berjemaah. Seterusnya diikuti dengan Tadarrus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis seterusnya diikuti dengan pembahagiaan  bunga telur serta bersalam. Guru dan pelajar akan beredar ke tempat berbuka puasa selepas tamat acara bersalam.







PROGRAM JOM INTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Semua pelajar Tammayuz dari Tingkatn 1, 2 dan 3 mengikuti program jom interaksi dengan Al-Quran di diPerpustakaan Awam Marang bermula jam 9.40 hingga 1.00 tengahari pada !9 Jun 2017.




Sunday 18 June 2017

PEMVERIFIKASIKAN PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2017

Pada 18 JUN 2017 iaitu hari Isnin, Pusat Sumber Baitul Hikmah SMA Marang  telah dilawati oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu untuk pemantauan tentang pemverifikasikan Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2017.  @ orang pegawai itu ialah Th Hj Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan dan Tn Hj. Wan Mohd Bakri Bin Wan Musa.

Hasil dari pemverifikasikan ini diharapkan dapat membantu pihak Pusat Sumber Sekolah dan pihak Sekolah Menengah Agama Marang untuk meningkatkan aktiviti semasa yang akan dijalankan.




KURSUS VLE FROG

Pada 15 JUN 2017  iaitu hari Khamis telah diadakan Kursus VLE Frog dengan menggunakan Talipon YES untuk guru-guru baru di SMA Marang. Mereka telah diberi pendedahan tentang VLE Frog oleh Penyelaras Makmal Komputer iaitu Cg Irne Norlisha Binti Ismail.  Diharapkan guru-guru baru ini akan lebih bermotivasi mewarnai dunia VLE Frog.






Friday 16 June 2017

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017

Pada tarikh 15 Jun 2015 telah diadakan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2017 bertempat di Blik Mesyuarat Sek. Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Terengganu.

3 kategori petandingan diadakan iaitu PSS sekolah menengah, PSS sekolah rendah Dan PSS kurang murid. PSS Sekolah Menengah Agama Marang telah mendapat Johan bagi Daerah Marang dan dengan itu akan mewakili Daerah Marang untuk ke peringkat PSS Negeri Terengganu. PSS yang berjaya akan mewakili Negeri Terengganu ke Anugerah PSS Kebangsaan bagi Tahun 2018.






PROGRAM IHYA RAMDHAN 2017

Pada 15 Jun 2017,  telah diadakan pertandingan menulis esi,teka silangkata serta pertandingan khat sempena program Ihya Ramadhan untuk tahun 2017. Sambutan program ini adalah  menggalakkan .  Diharapkan inya akan terus diadakan untuk masa-masa hadapan.





CERAMAH NUZUL QURAN


Pada 15 Jun 2017 telah diadakan satu ceramah agama tentang Nuzul Quran.  Ceramah ini telah diberi oleh Ustaz Mohd Harz Bin Abdullah, guru agama di SMA Marang.  SEmua pelajar SMA Marang terlibat.







Wednesday 14 June 2017

PELAKSANAAN MESEJ LIMA MINIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menerusi agenda Memperkasakan Transformasi Pendidikan akan memperkasakan lagi pelaksanaan aktiviti mesej lima minit pendidikan Pencegahan Dadah sebagai salah satu daripada usaha strategik untuk merealisasikan enam Aspirasi Kemenjadian Murid iaitu Ke arah Sekolah Bebas Dadah.

Justru itu , pihak SMA Marang telah melaksanakan mesej lima minit Pendidikan Pencegahan Dadah pada 11 Jun 2017 baru-baru ini sempena perhimpuan mingguan.




PENYERAHAN SUMBANGAN KALI PERTAMA

Pada 1 Ramadhan yang lalu, Warga SMA Marang telah dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan.   Kata pepatah jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Tuhan, begitulah nasib Adik Nur Ain Umairah Binti Daud, Tinkatan 1 Tammayuz, Beliau telah menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata tanpa sempat bersama untuk  berbuka puasa hari pertama dan hari seterusnya bagi tahun 2017.

Al Marhum Ustaz Daud bersama isterinya al marhumah Ustazah Maimun terkorban dalam satu kemalangan jalanraya petang 1 Ramadhan.  Kereta Viva yang mereka naiki dilanggar  kereta Nissan Latio. Mereka meninggalkan sembilan orang cahayamata.

Justru itu pihak SMA Marang telah melancarkan derma untuk adik Nur Ain Umairah Binti Daud.  Penolong Kanan HEM telah ke kediamannya untuk menyampaikan derma kali pertama ini dan in sha allah derma yang lain akan menyusul lagi... AL-FATIHAH





TADARUS AL QURAN

Sepanjang bulan Ramdhan 1438 hijrah bersamaan tahun 2917, tadarus Al-Quran waktu pagi sebelum Pdpc bersama guru dilakukan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.  Ini adalah salah satu program Ihya Ramadhan yang dirancangkan untuk tahun 2017