Tuesday 14 November 2017

PROGRAM PENYEMBELIHAN PT3

Untuk memberi kemahiran yang mendalam tentang cara penyembelihan, satu program penyembelihan ayam secara teori dan praktikal telah dijalankan untuk pelajar dan guru selepas PT3. Ianya telah diadakan pada 24 Oktober 2017.










LAWATAN SAMBIL BELAJAR LEPASAN PT3

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah selepas berakhirnya Peperiksaan PT3 pada 19 Oktober 2017.

Pada 26 hingga 28 Oktober 2017 telah diadakan lawatan sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka. Seramai 30 orang pelajar PT3 dan 4 orang guru telah terlibat dalam lawatan ini.

Antara tempat-tempat yang telah dilawati termasuklah IKBN Kemasik, Muzium, KLCC, Putrajaya, A Farmosa dan Taming Sari.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama islam dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang persekitaran.










Sunday 12 November 2017

INOVASI DAN KREATIVITI TEKNIK DAN KEMAHIRAN BELAJAR SAINS 2017


28 OKTOBER 2017, Program perkongsian  ilmu kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun  telah diadakan.  Ianya telah disampaikan oleh Hj Che Ahamad Daud, Guru Cemerlang Sains.

Diharapkan dengan kursus ini, guru-guru Sains akan lebih bersemangat untuk menyampaikan PdPC mereka.






MAJLIS PENYERAHAN PROJEK OLEH 
JABATAN KERJA RAYA

Pada 8 November 2017, Majlis penyerahan projek pembinaan dua  (2) Blok asrama, rumah Warden dan lain-lain kerja berkaitan di SMA Marang telah diadakan.

Diharapkan dengan penyerahan ini, banyak masalah yang akan selesai dan akan meningkatkan lagi prestasi guru-guru dan pelajar -pelajar SMA Marang demi untuk memartabatkan dunia pendidikan.








SALAM TAKZIAH




Kami warga SMA Marang mengucapkan takziah atas pemergiaan bonda kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum, Haji Mohd Nor Bin Ahmad  dan juga kepada bonda Tuan Pengetua, Haji Awang Dahan Bin Jusoh yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu 11 November 2017....

Saturday 11 November 2017

KURSUS PEMANTAPAN PENGAJARAN KURIKULUM DINI ABAD 21


Tarikh 7/11/2017 sehingga 9/11/2017  seramai 8 orang guru Kurikulum Bersepadu Dini          (KBD )Sekolah Menengah Agama Marang telah mengikuti kursus KBD anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu  di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

10 Buah Sekolah Agama telah menghantar semua guru KBD mereka untuk mengikuti kursus demi untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran mereka.

Diharapkan segala ilmu yang diperolehi oleh guru-guru ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk semua pelajar yang terlibat.