Sunday 27 March 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK DUYONG TAHUN 2016
Sempena kursus ini, pihak pengurusa SK Duyong telah menjemput Cg Norzana  Binti Omar, Guru Perpustakaan & Media  untuk menjadi fasilitator. Kursus ini telah dijalankan di Quinara Safir Tok Jembal, Kuala Terengganu. Kurusu ini telah diadakan pada 26 Mac 2016. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan sistem dewey dan tips untuk menjadi pustakawan yang cemerlang.




PENYAMPAIAN HADIAHHARI LAHIR  GURU & PELAJAR

Hari ini pihak Kaunselor telah menyempurnakan penyampaian hadiah untuk guru dan pelajar yang lahir pada bulan Mac.  Upacara ini telah dilakukan pada masa perhimpunan pagi. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMA Marang iaitu Ustaz Azanol Bin Muda.





MAJLIS PELANCARAN TV AL-HIKMAH & HARI PSS TAHUN 2015

Pada 22/3/2016 iaitu hari Selasa Pusat Sumber Baitul Hikmah telah melancarkan TV AL-HIKMAH dan Hari PSS di Dewan Sekolah.  Pelancaran ini telah disemprnakan oleh Puan Noraihan Bin Mohamed, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Terengganu.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Nor Bin Wan Ismail, Penolong Pengarah Hal-Ehwal Pelajar, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu serta Encik Mohamad Syaripi Bin Harun, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Marang,





Friday 11 March 2016

MAJLIS PENETAPAN TARGET DAN PELANCARAN PROGRAM SPM & PT3 TAHUN 2016

Khamis,  10/3/2016 Majlis Penetapan target dan pelancaran program spm & pT3 telah diadakan dengan dihadiri oleh ibubapa pelajar tingkatan yang terbabit. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.M. Haji Engku AbdullahBin Engku Dalam Ahmad, Penolong Kanan Pengarah Pengurusan Akademik, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

SEMBAHYANG SUNAT  GERHANA MATAHARI

Sembahyang sunat ini telah diadakan secara berjemaah di Suaru Sek.Men. Agama Marang bermula jam 8 pagi pada hari Rabu 9/3/2016. Ianya dimulai  dengan penerangan oleh Ustaz Jamil dan diimankan oleh Ustaz Moe'm.





KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG TAHUN 2016

Bertempat  di SMK Seberang Marang

Pemenang:-
1. AHMAD FARIHIM BIN ABU BAKAR
    400meter  - johan
    800meter   - naib johan
     200meter   - naib johan

2. ABDUL WAFIY BIN ROSLAN
    2
00meter   - johan
    400meter   - johan
    100meter   - johan

    

Sunday 6 March 2016

PROGRAM MENTOR MENTEE & SUMUR (SAHSIAH UNGGUL MURID  SEK,MEN.AGAMA MARANG

TARIKH     : 6 MAC  2015
TEMPAT    : DEWAN, BILIK PEMBELAJARAN & SURAU
MASA        : 7.40 - 8.30 PAGI


 


Thursday 3 March 2016

KEPUTUSAN SPM 2015

3.3.2016 hari Khamis telah diumumkan dengan rasminya keputusan SPM 2015. Seramai 147 orang calon telah mengambil peperiksaan SPM ini, Keputusannya menyaksikan 3 orang pelajar mendapat 7A dan 3 orang pelajar juga mendapat 6A. 10 orang pelajar terpilih menerima keputusan mereka daripada Pengetua iaitu Tn.Hj. Awang Dahan Bin Jusoh di Dewan Sekolah.  Sekalong Tahniah untuk yang berjaya....






Tuesday 1 March 2016

MAJLI S ANUGERAH PENGURUSAN INISIATIF ICT & PSS CEMERLANG SEKOLAH AHLI PKG MARANG TAHUN 2015

Selasa, 1 MAC  2015 bertempai di Sumai Hotel Pihak PKG Marang telah mengadakan Majlis Anugerah Pengurusan Inisiatif ICT & PSS Cemerlang Sekolah PKG Marang untuk tahun lepas.

Sekolah Menengah Agama Marang telah berjaya menggondol 5 anugerah iaitu PSS Cemerlang, akiviti makmal komputer cemerlang, gpm cemerlang dan 5 bintang untuk IQPSS .  Terima Kasih untuk PKG Marang atas anugerah yang telah diberikan.






WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS KOPERASI DAN KETUA SERTA PENOLONG TINGKATAN TAHUN 2016

Dengan perasmian dan gimik yang telah disempurnakan pada Selasa, 1 MAC 2016 oleh Ketua Polis Daerah Marang  iaitu DSP Mohd Suhaimi Bin Hj, Ali, maka seramai lebih kurang 265 orang pelajar telah dianugerahkan watikah masing-masing.

Diharapkan semua pelajar yang telah menerima sijil ini akan menjalankan tugas dengan sempurna.