Tuesday 14 November 2017

PROGRAM PENYEMBELIHAN PT3

Untuk memberi kemahiran yang mendalam tentang cara penyembelihan, satu program penyembelihan ayam secara teori dan praktikal telah dijalankan untuk pelajar dan guru selepas PT3. Ianya telah diadakan pada 24 Oktober 2017.










LAWATAN SAMBIL BELAJAR LEPASAN PT3

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah selepas berakhirnya Peperiksaan PT3 pada 19 Oktober 2017.

Pada 26 hingga 28 Oktober 2017 telah diadakan lawatan sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka. Seramai 30 orang pelajar PT3 dan 4 orang guru telah terlibat dalam lawatan ini.

Antara tempat-tempat yang telah dilawati termasuklah IKBN Kemasik, Muzium, KLCC, Putrajaya, A Farmosa dan Taming Sari.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama islam dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang persekitaran.










Sunday 12 November 2017

INOVASI DAN KREATIVITI TEKNIK DAN KEMAHIRAN BELAJAR SAINS 2017


28 OKTOBER 2017, Program perkongsian  ilmu kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun  telah diadakan.  Ianya telah disampaikan oleh Hj Che Ahamad Daud, Guru Cemerlang Sains.

Diharapkan dengan kursus ini, guru-guru Sains akan lebih bersemangat untuk menyampaikan PdPC mereka.






MAJLIS PENYERAHAN PROJEK OLEH 
JABATAN KERJA RAYA

Pada 8 November 2017, Majlis penyerahan projek pembinaan dua  (2) Blok asrama, rumah Warden dan lain-lain kerja berkaitan di SMA Marang telah diadakan.

Diharapkan dengan penyerahan ini, banyak masalah yang akan selesai dan akan meningkatkan lagi prestasi guru-guru dan pelajar -pelajar SMA Marang demi untuk memartabatkan dunia pendidikan.








SALAM TAKZIAH




Kami warga SMA Marang mengucapkan takziah atas pemergiaan bonda kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum, Haji Mohd Nor Bin Ahmad  dan juga kepada bonda Tuan Pengetua, Haji Awang Dahan Bin Jusoh yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu 11 November 2017....

Saturday 11 November 2017

KURSUS PEMANTAPAN PENGAJARAN KURIKULUM DINI ABAD 21


Tarikh 7/11/2017 sehingga 9/11/2017  seramai 8 orang guru Kurikulum Bersepadu Dini          (KBD )Sekolah Menengah Agama Marang telah mengikuti kursus KBD anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu  di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

10 Buah Sekolah Agama telah menghantar semua guru KBD mereka untuk mengikuti kursus demi untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran mereka.

Diharapkan segala ilmu yang diperolehi oleh guru-guru ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk semua pelajar yang terlibat.





Tuesday 24 October 2017

PASCA PT3 TAHUN 2017

Selesai PT3 pada 12 Oktober 2017, bermula pada 22 Oktober pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memberi manafaat kepada pelajar. Pada 23 Oktober telah dijalankan Kursus Pengurusan Jenazah untuk semua Tingkatan 3 dan juga guru-guru yang terlibat.













MOTIVASI DARI PEGAWAI PPD UNTUK CALON SPM TAHUN 2017

6 NOVEMBER 2017, seramai 132 orang calon Sijil Pelajaran malaysia (SPM) Sekolah Menengah Agama Marang akan menduduki peperiksaan ini. Tuan Pegawai  Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adnan Bin Salleh, telah turun padang untuk memberi semangat dan motivasi kepada calon-calon SPM ini, Semoga dengan motivasi dan kata-kata rangsangan dari beliau akan memberikan dorongan yang lebih kuat kepada pelajar-pelajar SPM tahun ini dan diharapkan keputusan SPM tahun ini akan lebih memuaskan..