Thursday 14 February 2019

MAJLIS WATIKAH PEMIMPIN SEKOLAH SMA MARANG TAHUN 2019

Pada 13 Februari 2019 (Rabu) telah diadakan Majlis Watikah Pemimpin SMA Marang bertempat di Dewan Al Hikmah bermula pada jam 11.15 pagi.  Ianya telah dirasmikan oleh YDP Mat Ridzal Bin Mat Radzi selaku Pegawai Turus Pengurusan Dasar / Sumber ,Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Terengganu.

Seramai 296 orang pelajar yang telah terpilih untuk menjadi pemimpin muda yang terdiri dari Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua serta Penolong, PRS,Koerasi serta Nuqaba'.  Diharapakan dengan lantikan ini, semua pemimpin yang telah dilantik akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna.









Monday 4 February 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP PT3 TAHUN 2018

Tanggal 13 Disember 2018, telah diumumkan keputusan PT3 untuk tahun 2018. Keputusan tahun ini agak memberangsangkan iaitu seorang pelajar mendapat straight A. Tahniah untuk adik Ahmad Idham Bin Abdul Rahman.  Semoga keputusan PT3 akan terus cemerlang dari tahun ke tahun.