Friday 22 September 2017

ROAD TO SUCCESS SPM 2017

Seramai 40 orang pelajar SMA Marang telah terpilih untuk menghadiri program ini. Program ini telah diadakan di PLKN Padang Kachong, Marang pada 18 Septembe 2017. 3 orang penceramah motivasi telah diundang untuk memberi motivasi kepada hampir 400 orang dari ekolah Agama Negeri Terengganu.





PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Tanggal 21 September 2017 hari Khamis, SMA Marang telah dihadiri oleh 3 orang hakim dari Bahagian Teknologi & Pendidikan Negeri Terengganu (BTPN) untuk menghakimi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu.











MAJLIS TEMU MURNI PT3 DAN SPM TAHUN 2017

Pada 14 September 2017 telah berlangsung majlis Temu Murni PT3 dan SPM.





Monday 11 September 2017

BELASUNGKAWA :  CIKGU MOHD NASIR BIN MUSA DALAM KENANGAN

Tanggal 11 September 2017 (Isnin) Sekolah Menengah Agama Marang dikejutkan dengan peristiwa sedih kehilangan yang tiada gantinya guru Bahasa Inggeris, En Mohd Nasir Bin Musa.Beliau mula berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Marang pada 1/4/2006.  


Beliau meninggal dunia di dalam Bilik Guru Lelaki dipercayai akibat serangan jantung Beliau difahamkan sedang berehat sementara menantikan kelas yang seterusnya dan tertidur. Apabila dikejutkan beliau tidak memberi sebarang tindakbalas,begitu juga apabila diperiksa oleh guru lain sebelum pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan  tempat bersama satu kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga.

Aaminn.....




  

Tuesday 5 September 2017

SAMBUTAN MAJLIS PELANCARAN 
BULAN KEBANGSAAN

Walaupun sudah agak terlewat untuk membuat Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan bagi tahun 2017, tetapi tetap jua dilaksanakan pada 5 September 2017 di Dewan Al - Hikmah SMA Marang.

Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan bacaan Asma ul-Husna, nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.  Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Husamudin dan bicara kemerdekaan oleh Cikgu Shafie Bin Shamsuddin.

Pelancaran Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Awang Dahan Bin Jusoh.  Gimik pelancran telah dilakukan setelah selesai ucapan perasmian.