Monday 11 September 2017

BELASUNGKAWA :  CIKGU MOHD NASIR BIN MUSA DALAM KENANGAN

Tanggal 11 September 2017 (Isnin) Sekolah Menengah Agama Marang dikejutkan dengan peristiwa sedih kehilangan yang tiada gantinya guru Bahasa Inggeris, En Mohd Nasir Bin Musa.Beliau mula berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Marang pada 1/4/2006.  


Beliau meninggal dunia di dalam Bilik Guru Lelaki dipercayai akibat serangan jantung Beliau difahamkan sedang berehat sementara menantikan kelas yang seterusnya dan tertidur. Apabila dikejutkan beliau tidak memberi sebarang tindakbalas,begitu juga apabila diperiksa oleh guru lain sebelum pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan  tempat bersama satu kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga.

Aaminn.....




  

No comments:

Post a Comment