Watikah Pelantikan Pengawas PSS


Tarikh : 9 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi

Pada 9 Februari 2014 telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2014.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Nor b Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya Sumber & Teknologi Maklumat MAIDAM Negeri Terengganu.
Pada majlis ini, seramai 50 orang Pustakawan, 30 orang Pengawas Makmal Komputer, 30 orang Pengawas Bilik Tayang dan BBM, dan 11 orang Pengawas Nilam telah dilantik.Semoga Pengawas Pusat Sumber yang dilantik dapat memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

No comments:

Post a Comment