Monday 26 March 2018

PROGRAM MOTIVASI

Pada 26 Mac 2018, Ahad telah berlangsung satu Program Motivasi Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.  Motivasi ini telah dilakukan oleh Ustaz Mohd Abd Hadi Ismail, Jurulatih Utama Hijrah Minda Consultant. Dalam motivasi ini, pelajar juga telah diajar untuk mengira tahap IQ.





Saturday 17 March 2018

KEPUTUSAN  SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA TAHUN 2017

Pada 15 Mac 2018 iaitu pada hari Khamis telah diumumkan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia untuk Sekolah Menengah Agama Marang di Dewan Al-Hikmah. Seramai 132 orang calon yang menduduki peperiksaan ini.   100% pelajar layak menerima sijil SPM dengan gred purata 4.26.













Sunday 11 March 2018

Gotong Royong Mega Perangi Aedes

Pada 10 Mac 2018 (Sabtu) telah dijalankan program Gotong Royong Mega Perangi Aedes peringkat SMA Marang. Semua guru, kakitangan sokongan sekolah, ibubapa dan para pelajar SMA Marang telah bersama-sama menjayakan program ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program gotong royong ini juga telah mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang yang telah memberi khidmat membanteras nyamuk dan jentik-jentik di kawasan SMA Marang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan objektif program ini dalam memastikan persekitaran SMA Marang kondusif untuk semua warganya tercapai.

























Posted by Cg MSA