Sunday 23 July 2017

BENGKEL TERAS SAINS SPM TAHUN 2017

Pada 22 Julai 2017 (SABTU) telah dilaksanakan Bengkel Teras SPM 2017.  Semua pelajar dari Kelas Sains Teras diwajibkan hadir.   Fasilitator yang dijemput ialah dari Sekolah Menengah Agama Al-Falah iaitu Cikgu Wan Faizah Binti Wan Hussin. Seminar bermula pada pukul 8.30 dan berakhir pada pukul 12.45 petang.




Sunday 16 July 2017

PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI PSBH, BACAAN NILAM TERBANYAK DAN PUSTAKAWAN CEMERLANG

Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh PSBH telah diadakan semasa perhimpunan mingguan 16/7/2017 (Ahad). Dalam majlis ini juga telah disampaikan anugerah bagi Bacaan NILAM Terbanyak bagi bulan Januari - Jun 2017. Hadiah penghargaan juga telah diberikan kepada dua orang Pustakawan Cemerlang bagi bulan Jun 2017.







- Posted by Cikgu MSA -

Thursday 13 July 2017

CERAMAH TENTANG KANSER DAN PENCEGAHANNYA OLEH PIHAK MAKNA

Pada 12 Julai 2017 (Rabu) telah berlangsung satu ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohd Syazwan dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA) kepada guru-guru yang bertempat di Bilik Mesyuarat pada jam 2.30 petang. Ceramah tersebut berkisar tentang penyakit kanser serta pencegahannya. Sesi soal jawab juga dibuka bagi guru-guru yang ingin bertanya soalan atau ingin mendapatkan maklumat tentang penyakit kanser.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kanser atau yang mempunyai insan terdekat yang menghidap kanser dan ingin membantu memberikan sokongan bolehlah menghubungi pihak MAKNA seperti berikut:

MAKNA Cancer Helpline: 1-800-88-62562 

atau email : cancerhelpline@makna.org.my



- Posted by Cikgu MSA -

Sunday 9 July 2017

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM 2017

Perkhemahan Perdana Unit Uniform SMA Marang telah dijalankan pada 6 hingga 8 Julai 2017 (Khamis - Sabtu) bertempat di Kem PLKN Padang Kacong, Kg. limau Nipis, Mukim Alor Limbat, Marang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini yang mensasarkan kesemua pelajar Tingkatan Lima SMA Marang adalah Seni Gubahan Rimba, Rempuh Halangan, Flying Fox dan Orienteering.

Semoga program Perkhemahan Perdana Unit Uniform ini dapat memberi pengalaman berharga buat para peserta yang akan membantu pembinaan jati diri, semangat berpasukan, sikap hormat menghormati dan saling bekerjasama mereka. 








- Posted by Cikgu MSA -

Thursday 6 July 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 6 Julai 2017 (Khamis) telah berlangsung majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMA Marang.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Hariz bertempat di Surau Al-Hikmah, SMA Marang pada jam 9.00 pagi.

Pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, para tetamu jemputan, guru, kakitangan dan pelajar telah sama-sama memeriahkan majlis dan menikmati hidangan hari raya di Dewan Al-Hikmah, SMA Marang.

Semoga majlis ini mampu mengeratkan hubungan dan kemesraan sesama warga SMA Marang dan juga dengan masyarakat luar.










- posted by Cikgu MSA -