Saturday 28 December 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PT3 2019

Pada 19 Disember 2019 telah diadakan Majlis Penyampaian Keputusan PT3 bagi tahun 2019 di Dewan Al-Hikmah, SMA Marang.  Majlis dimulakan dengan ketibaan Ibu Bapa pada jam 10.00 pagi.

Tepat jam 10.30 pagi, Pengerusi Majlis memulakan ucapan dan diikuti dengan bacaan doa.  Seterusnya  makluman atau hebahan ke Tingkatan 4 diadakan oleh Kaunselor. Ucapan dari Penolong Kanan Pentadbiran dilakukan dan seterusnya penyerahan keputusan Peperiksaan PT3 untuk tahun 2019 dilaksanakan.

Tahniah kepada calon yang menerima keputusan cemerlang.  Yang kurang berjaya, boleh terus berusaha.








Saturday 7 December 2019

UJIAN BERTULIS SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANUKEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA MARANG TAHUN 2020

Pada 5 Disember 2020 seramai 552  orang pelajar telah menjalani ujian bertulis di Dewan dan kelas-kelas yang telah ditetapkan. Ujian ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.  Selesai ujian bertulis, calon dikehendaki menduduki satu lagi ujian iaitu ujian tasmik. Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap bacaan al-Quran dan tajwid para calon.








Wednesday 18 September 2019

MOTIVASI CAKNA SAHSIAH TINGKATAN 1 DAN 2 2019

7 Ogos 2019 - Semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Agama Marang telah menghadiri Motivasi Cakna Sahsiah. Motivasi yang diadakan di surau sekolah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Faisal Bin Ibrahim. Ustaz yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin ini telah dijemput oleh kaunselor sekolah bagi menyampaikan motivasi kepada para pelajar Tingkatan 1 dan 2 agar sahsiah murid dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.





KEM SUBJEK PT3 2019

Pada 16 Julai 2019, Sekolah Menengah Agama Marang telah menganjurkan Kem Subjek PT3 2019 di Anggulia Beach Resort. Kem yang berlangsung selama sehari ini melibatkan 2 subjek iaitu Syariah dan Sains. Kem ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Haji Awang Dahan bin Jusoh.







Thursday 4 July 2019

MOTIVASI BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 DI SMA MARANG

Tanggal 25 Jun 2019 adalah tanggal yang akan menjadi kenangan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 di SMA Marang kerana telah dapat bersama dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Bin Ali Hussin dalam motivasi yang telah diadakan oleh beliau.

Diharapkan semoga para pelajar akan lebih bermotivasi dengan semangat yang telah beliau lontarkan.








MAJLIS TEMU MURNI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

30 Jun 2019 telah berlangsung  Temu Murni untuk semua tingkatan. Pendaftaran Ibu Bapa bermula pada jam 11.00 pagi.  Pendaftaran bagi tingkatan 3 dan 5 diadakan di Dewan Al-Hikmah sementaran Pendaftaran Tingkatan 1, 2 dan 4 diadakan di kelas masing-masing. 

Majlis bermula dengan Nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan Bacaan Al-Quran serta Ucapan Aluan oleh Tuan Pengetua.  Majlis seterusnya diikuti dengan doa dan penyerahan Slip Peperiksaan di Dewan dan kelas masing-masing.








Monday 29 April 2019

PERKHEMAHAN  PENGAKAP WANITA KEBANGSAAN 2019

Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan 2019 telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.
Peserta kontigen Terengganu  adalah seramai 1100 orang dalam Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan 2019.  5 orang peserta dari Sekolah Menengah Agama juga telah menyertai perkhemahan ini.













MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMA MARANG

Tarikh 29 April 2019 (Isnin), Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17 & Majlis Anugerah Kecemerlangan SMA Marang telah diadakan di Dewan Al-Hikmah.  Perasminya adalah wakil Al FAdhil YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Ahli Parlimen Marang.






Saturday 27 April 2019

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Majlis  Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan tahun 2019 ini telah diadakan pada 24 April 2019 (Rabu) bertempat di SMK Kompleks Seberang Takir dan SK Seberang Takir. 

Alhamdulillah & Tahniah kepada Kontinjen Marang di atas pencapaian;
🔘 JOHAN KESELURUHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2019
🔘 MUHAMMAD BADLI SHAH BIN JAAFAR (SK Wakaf Tapai)
- JOHAN Tilawah (L) SR
🔘 HAMIZATUL HUSNA BINTI ZUL AZAM (SK Medan Jaya)
- No.3 Tilawah (P) SR
🔘 MUHAMMAD AFIF BIN YAHAYA (SMA Marang)
- Johan Tilawah (L) Menengah
🔘 SITI SAFIYYAH BT MOHD AL-AZMI (SMA Marang)
- Johan Tilawah (P) Menengah
🔘 NUR ARIFAH HANNANI BT MOHD NASI (SMKADG)
- Johan Hafazan AQ (P) Menengah
🔘 ADIB NURUDDIN BIN ZAIDI (SMKADG)
- Naib Johan Hafazan (L) Menengah
🔘 Kumpulan Nasyid Shautus Shakirin (SMKADG)
- Naib Johan FNSS KPM Trg 2019

2 orang peserta Sekolah Menengah Agama Marang telah berjaya mencapai kejayaan dalam majlis ini



PROGRAM SENAMROBIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

25 April 2019 telah diadakan Program Senamrobik Peringkat Negeri Terengganu untuk tahun 2019 di Dewan Al-Hikmah Sekolah Menengah Agama Marang.  Ianya telah disertai oleh semua guru dan semua pelajar.  Program bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pukul 9 pagi.