Tuesday 24 October 2017

PASCA PT3 TAHUN 2017

Selesai PT3 pada 12 Oktober 2017, bermula pada 22 Oktober pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memberi manafaat kepada pelajar. Pada 23 Oktober telah dijalankan Kursus Pengurusan Jenazah untuk semua Tingkatan 3 dan juga guru-guru yang terlibat.













MOTIVASI DARI PEGAWAI PPD UNTUK CALON SPM TAHUN 2017

6 NOVEMBER 2017, seramai 132 orang calon Sijil Pelajaran malaysia (SPM) Sekolah Menengah Agama Marang akan menduduki peperiksaan ini. Tuan Pegawai  Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adnan Bin Salleh, telah turun padang untuk memberi semangat dan motivasi kepada calon-calon SPM ini, Semoga dengan motivasi dan kata-kata rangsangan dari beliau akan memberikan dorongan yang lebih kuat kepada pelajar-pelajar SPM tahun ini dan diharapkan keputusan SPM tahun ini akan lebih memuaskan..








Monday 16 October 2017

HARI SUKAN MALAYSIA DAERAH MARANG TAHUN 2017

Sabtu, 14 Oktober 2017 bermula dari 7.30 pagi Hari Sukan Malaysia Daerah Marang telah dilaksanakan. Ianya bermula dengan senaman Aerobik, berjalan santai dan aktiviti terancang.

Hari sukan Malaysia Daerah marang telah diadakan di Dataran Marang dengan disertai doleh sekolah-sekolah berdekatan serta jabatan-jabatan lain.

Semuga dengan adanya Hari Sukan ini dapat meningkatkan kesihatan serta dapat juga menjalinkan semangat persahabatan bagi yang terlibat.











MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA(GPNB) DAN MASYARAKAT BERSAMA-SAMA YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Pada Khamis 12 OKTOBER 2017 telah berlangsung Majlis Perasmian  Program Guru Pembina Negara Bangsa  di SMK Seri Payong, Marang.

Majlis dimulakan dengan sambutan  persembahan pencak silat untuk menyambut kehadiran  Y.B. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid iaitu Menteri Pendidikan Malaysia serta diikuti dengan perarakan masuk Y.B. ke tapak pameran.

Seterusnya Y.B di bawa ke Dataran diiikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu.

Ucapan alu-aluan disempurnakan oleh  yang berusaha Haji Shafruddin Bin Hj Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Seterusnya ucapan perasmian dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis dialkhiri dengan gimik ikrar Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Terengganu dan penyerahan poster salah laku displin pelajar.









Sunday 8 October 2017

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR TARGER SPM 2017

Pada 1 Oktober 2017 , satu perjumpaan  antara pengetua, guru, pelajar dan ibu bapa target  spm 2017 telah diadakan . Seramai 21 orang pelajar terlibat.  pelajar dan ibubapa telah diberi suntikan semangat agar dapat memberikan keputusan yang baik demi untuk sekolah dan diri sendiri.






CERAMAH MOTIVASI UNTUK PELAJAR SPM 2017

Pada 4 Oktober 2017, Pelajar Spm sekali lagi diberi ceramah motivasi oleh pihak sekolah.  Kali ini ceramah telah diberikan oleh Cg Abu Bakar Bin Ismail.  Dalam ceramahnya telah diberi tips yang berguna untuk menghadapi spm. Antaranya :-

    1. Amalkan solat hajat dan solat tahajud
    2. Rajin puasa sunat
    3. Minta ibu bapa untuk berpuasa dan berdoa
    4. Ikhlas dalam belajar
    5. Selalu ingat dan zikir kepada Allah
    6. Jaga hubungan baik dengan guru
    7. Jaga permakanan





PERTANDINGAN IKLIM SEKOLAH TAHUN 2017

8 Oktober 2017 iaitu hari Ahad, Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan telah melakukan penilaian untuk  7 kategori pertandingan iaitu :-
       1. Pengurusan Dewan Sekolah
       2. Pengurusan Asrama Puteri
       3. Pengurusan Pejabat Dan Pembangunan Sumber
       4. Pengurusan Bilik Kaunseling
       5. Pengurusan Surau Sekolah
       6. Pengurusan Bilik Buku Teks
       7. Pengurusan Bilik Pengurusan Stor

Rombongan hakim penilai telah disambut dengan iringan bunga manggar dan paluan kompang sehingga ke tempat mengambil gambar.  Seterusnya rombongan dibawa ke bilik mesyuarat untuk untuk acara yang telah diprogramkan.  Seterusnya hakim penilaian berpecah ke bahagian masing-masing untuk membuat penilaian masing-masing.