Monday 16 October 2017

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA(GPNB) DAN MASYARAKAT BERSAMA-SAMA YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Pada Khamis 12 OKTOBER 2017 telah berlangsung Majlis Perasmian  Program Guru Pembina Negara Bangsa  di SMK Seri Payong, Marang.

Majlis dimulakan dengan sambutan  persembahan pencak silat untuk menyambut kehadiran  Y.B. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid iaitu Menteri Pendidikan Malaysia serta diikuti dengan perarakan masuk Y.B. ke tapak pameran.

Seterusnya Y.B di bawa ke Dataran diiikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu.

Ucapan alu-aluan disempurnakan oleh  yang berusaha Haji Shafruddin Bin Hj Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Seterusnya ucapan perasmian dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis dialkhiri dengan gimik ikrar Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Terengganu dan penyerahan poster salah laku displin pelajar.









No comments:

Post a Comment