Wednesday 15 August 2018

PROGRAM  PENCEGAHAN  LGBT 

15 Ogos 2018  (Rabu) telah diadakan program ini di Dewan Al-Hikmah bermula jam 12.00 tenghari hingga 2.00 petang.  Ianya melibatkan Tingkatan 1, 2 dan 4.

Program ini telah dilaksanakan dengan memberikan makna LGBT, faktor LGBT, kesan kepada kesihatan dan pandangan dari sudut agama
Semoga program ini dapat memberikan pendedahan yang jelas kepada pelajar-pelajar.








Sunday 5 August 2018

PERHIMPUNAN MINGGUAN

5 Ogos 2018, Guru dan Pelajar SMA Marang berada di Dewan Al-Hikmah untuk acara perhimpunan Mingguan yang diadakan pada hari Ahad.  Tentatif aktiviti perhimpunan minggu ini :-
       1. Asma Al-Husna
       2. Lagu-lagu
       3. Doa
       4. Laporan Guru Bertugas
       5. Ucapan Pengetua
       6. Penyampaian hadiah dari Pihak PSS Baitul Hikmah
       7. Penyampaian hadiah peserta MISS mewakili  SMAM
       8. Penyampaian medal peserta KESSUMA
       9. Penyampaian hadiah peserta hafazan MISMAM
      10.Pengumuman
      11. Bersurai

Pusat Sumber Baitul Hikmah telah menyampaikan hadiah tentang Literasi Maklumat HFMD, mengenal bahan serta AidilAdha. Penyampaian pembaca NILAM terbanyak dari Januari hingga Julai 2018 juga telah diberikan

Semoga dengan penyampaian hadiah-hadiah dalam perhimpunan ini akan dapat meningkatkan motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain.