Wednesday 29 March 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAMBAH BAIK 2017


Majlis  Pelancaran  Nilam  Tambah  Baik 2017  telah diadakan  pada 28  MAC  2017 dan telah dirasmikan oleh  Puan  Noraihan  Binti  Mohammed,  Pegawai  Teknologi  Pendidikan  BTPN Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis serta diikuti dengan bacaan al-Quran.  Seterusnya penyampaian ucapan oleh Tuan Pengetua dan ucapan Perasmian oleh Puan Noraihan Binti Mohammed.

Semuga dengan adanya perasmian ini, pelajar akan lebih berminat untuk menulis bacaan dalam buku NILAM seterusnya dapat meningkatkan peratus bacaan.

Friday 17 March 2017

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPMTAHUN 2016


Pada 16 MAC 2017 (Khamis)  telah diumumkan keputusan perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) .   Ustaz Nasir telah ditugaskan untuk mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ke penyerahan keputusan SPM di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

Pelajar terbaik SPM bagi tahun 2016
1.  Najihah Bt  Musa   10A
2.  Umaamah Bt Tirmizi  9A
3.  Adam  Hakimi  Bin  Zunira  9A

Tuesday 14 March 2017

MAJLIS PENETAPAN TARGET DAN PELANCARAN PROGRAM PT3 & SPM 2017



Majlis penetapan  Tatrget &  Pelancaran program PT3 &  SPM telah diadakan pada  13  Mac  2017.

Ianya  telah dirasmikan oleh  Tuan Pengetua,  Tn Hj.  Awang Dahan  Bin  Jusoh.

Monday 13 March 2017

KEJOHANAN SUKAN MASMAT (AKHIR)


Pada 9 hingga 13 Mac 2017 telah berlangsung Kejohanan Sukan MASMAT peringkat akhir yang bertempat di SMA Al-Falah, Kemaman.

Dalam kejohanan kali ini, pasukan Bola Tampar (lelaki) SMAMT telah berjaya memenangi tempat Naib Johan, pasukan Bola Jaring (menengah rendah) juga telah berjaya memenangi tempat Naib Johan, manakala pasukan Sepak Takraw (menengah atas) dan Sepak Takraw (menengah rendah) berjaya memenangi Tempat Ketiga.

Tahniah kepada semua pasukan SMAMT yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Bagi pasukan yang tidak berjaya, boleh mencuba lagi di tahun hadapan.

Sunday 12 March 2017

PERKHEMAHAN KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH SMA MARANG



Program Perkhemahan Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Baitul Hikmah (PSBH) telah dijalankan pada 8 hingga 10 Mac 2017 yang bertempat di Kem Damai Resort, Besut, Terengganu.

Seramai 80 orang Pengawas PSBH SMA Marang telah menyertai program perkhemahan kepimpinan ini yang diiringi oleh 4 orang guru dan dibantu oleh 7 orang fasilitator.

Sekalung penghargaan buat Penolong Kanan Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Tn. Hj. Wan Mohd Noor bin Wan Ismail yang telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama para peserta bagi merasmikan program ini. Sudah pasti kehadiran beliau menyemarakkan lagi semangat dan motivasi para Pengawas PSBH.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pengetua SMA Marang, Tn. Hj. Awang Dahan bin Jusoh dan GPK Ko-kurikulum, Tn. Hj. Mohd Nor bin Ahmad yang telah memberikan sokongan dengan meluangkan masa bersama peserta program ini.

Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memperbaiki kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta kepimpinan para Pengawas PSBH.

Tuesday 7 March 2017

LADAP SKPMG2 
DI DEWAN AL-HIKMAH
6 MAC 2017

Pada 6 Mac 2017 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkenaan SKPMg2 yang bertempat di Dewan Al-Hikmah SMA Marang. LADAP ini telah dikendalikan oleh Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris, Pn.Rohaida.