Thursday 23 April 2015

JOM BACA BERSAMA  10 MINIT

Pada 23 APRIL 2015 tepat jam 10 pagi telah diadakan jom membaca bersama selama 10 minit di dewan SMA MARANG

































Kelab Perpustakaan Dan Media telah menjalankan aktiviti membuat keychain fabrik dengan kerjasama daripada Mini RTC (Rural Transformation Centre) Alor Limbat pada 14/4/2015 (SELASA). Pelbagai bentuk telah direka oleh ahli kelab mengikut citarasa masing-masing.
ANUGERAH PENGIKTIRAFAN  ICT DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI SEKOLAH2 DI BAWAH PKG MARANG TAHUN 2014

Pada 20 APRIL 2015 di Prinpark Resort Terengganu telah diadakan pengiktirafan ICT dan PSS di bawah PKG Marang. SMA Marang telah memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Pengurusan PSS cemerlang kategori untuk sekolah menengah, Anugerah Pengurusan Makmal Komputer tebaik sekolah bagi sekolahmenengah dan Anugerah Guru Perpustakaan & Media Cemerlang sekolah menengah.















PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) & HARI PUSAT SUMBER 2015



Pada 21 April 2015( SELASA)  telah dilancarkan KM1M dan Hari PSS SMA Marang oleh Cg Suzaiki Bin Ali ( Penolong Kanan Pentabdiran) . Majlis pelancaran dimulakan dengan kata aluan dari pegerusi majlis dan diikuti dengan ucapan perasmian. Gimik pelancaran KM1M dan Hari PSS disempurnakan dengan menandatangani Big Book dan bacaan spontan oleh PKP. Pelancaran diteruskan lagi dengan bacaan 5 minit oleh semua guru dan pelajar.


Sunday 5 April 2015

PERKHEMAHAN & KURSUS MOTIVASI PENGAWAS PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH TAHUN 2015





               Pada 26-28  Mac 2015, Pusat Sumber Baitul Hikmah (PSBH) telah mengadakan satu perkhemahan & kursus motivasi PSBH tahun 2015 di Kem Sri Keluang ,Besut ,Terengganu..
Perkhemahan ini telah disertai oleh 80 orang pengawas PSBH...


               Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Orientaring dan Kembara malam..Aktiviti Mendaki bukit Bukit Keluang juga turut dijalankan pada sebelah pagi..Ramai pelajar seronok menyertainya dengan menikmati keindahan alam flora dan fauna.. Bukit yang tinggi didaki bersama sama dan dipantau oleh beberapa orang fesilitator bagi menjamin keselamatan pengawas PSBH..



              Selain itu, terdapat pelbagai objektif yang telah kami sediakan. Contohnya :

1)         Mewujudkan rasa seronok dan selesa kepada semua pengawas untuk menjalankan tugas

2)         Mewujudkan hubungan yang lebih mesra ke arah pembentukan organisasi yang mantap dan              dihormati.


Perkara pertama selepas tiba di  Kem Sri Keluang adalah mengambil gambar pengawas PSBH di tapak perkhemahan



bagi memeriahkan lagi aktiviti perkhemahan , ramai guru yang datang untuk menolong dalam menyiapkan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Antara guru yang rajin tersebut ialah Cikgu Khairatul,Teacher Irnie, Ustaz Hamidi,Teacher Faizah,Ustazah Zabidah, Cikgu Mariani,Cikgu Mastura,teacher Umaimah dan ramai lagi..

Aktiviti mendengar ceramah juga turut diadakan oleh Puan Siti Hajar, pada malam terakhir sebelum pulang keesokannya dalam surau di Kem Sri Keluang.



santai santai di tepi pantai pada sebelah petang....


















Gambar diatas adalah gambar gambar ketika mendaki bukit Keluang..








Pertandingan orientaring berkumpulan antara pengawas PSBH





Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Zamri,pemandu bas SMA Marang dan ketua Fasilitator,Maududi...



Tanpa Cikgu Norzana dan cikgu Aima,Perkhemahan di Kem Sri Keluang ini tidak akan berjalan dengan lancar..


Dengan berakhirnya gambar tersebut..maka berakhirlah post post mengenai perkhemahan ini..
Sekian..