Sunday 5 April 2015

PERKHEMAHAN & KURSUS MOTIVASI PENGAWAS PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH TAHUN 2015





               Pada 26-28  Mac 2015, Pusat Sumber Baitul Hikmah (PSBH) telah mengadakan satu perkhemahan & kursus motivasi PSBH tahun 2015 di Kem Sri Keluang ,Besut ,Terengganu..
Perkhemahan ini telah disertai oleh 80 orang pengawas PSBH...


               Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Orientaring dan Kembara malam..Aktiviti Mendaki bukit Bukit Keluang juga turut dijalankan pada sebelah pagi..Ramai pelajar seronok menyertainya dengan menikmati keindahan alam flora dan fauna.. Bukit yang tinggi didaki bersama sama dan dipantau oleh beberapa orang fesilitator bagi menjamin keselamatan pengawas PSBH..



              Selain itu, terdapat pelbagai objektif yang telah kami sediakan. Contohnya :

1)         Mewujudkan rasa seronok dan selesa kepada semua pengawas untuk menjalankan tugas

2)         Mewujudkan hubungan yang lebih mesra ke arah pembentukan organisasi yang mantap dan              dihormati.


Perkara pertama selepas tiba di  Kem Sri Keluang adalah mengambil gambar pengawas PSBH di tapak perkhemahan



bagi memeriahkan lagi aktiviti perkhemahan , ramai guru yang datang untuk menolong dalam menyiapkan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Antara guru yang rajin tersebut ialah Cikgu Khairatul,Teacher Irnie, Ustaz Hamidi,Teacher Faizah,Ustazah Zabidah, Cikgu Mariani,Cikgu Mastura,teacher Umaimah dan ramai lagi..

Aktiviti mendengar ceramah juga turut diadakan oleh Puan Siti Hajar, pada malam terakhir sebelum pulang keesokannya dalam surau di Kem Sri Keluang.



santai santai di tepi pantai pada sebelah petang....


















Gambar diatas adalah gambar gambar ketika mendaki bukit Keluang..








Pertandingan orientaring berkumpulan antara pengawas PSBH





Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Zamri,pemandu bas SMA Marang dan ketua Fasilitator,Maududi...



Tanpa Cikgu Norzana dan cikgu Aima,Perkhemahan di Kem Sri Keluang ini tidak akan berjalan dengan lancar..


Dengan berakhirnya gambar tersebut..maka berakhirlah post post mengenai perkhemahan ini..
Sekian..







No comments:

Post a Comment