Thursday 25 February 2016

BICARA INSPIRASI KEJAYAAN

Alhamdulillah bekas pelajar SMA Marang kembali untuk bersama-sama pelajar bagi memotivasikan mereka terutamanya dalam subjek Bahasa Arab.  Jutaan terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan sekolah.  Tarikh keramat ini adalah pada 14/2/2016 iaitu hari Ahad.







PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

Perarakan ini dijalankan pada 23/2/2016 iaitu pada hari Selasa.  Ianya bermula dengan persembahan silat dan diteruskan dengan perarakan sambil membersihkan persekitaran.






Wednesday 24 February 2016

ANUGERAH PEMBESTARIAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015

Pada 18 Februari 2016, SMA Marang telah dinobatkan sebagai Sekolah Rakan Pembaca Terbaik Sekolah Menengah.



PELANCARAN NILAM

Pelancaran NILAM telah diadakan di Dewan SMA Marang pada 16/2/2016 iaitu pada hari Selasa oleh Puan Ain Maisarah Bt Daliman, Penulis Novel Remaja.




JELAJAH SEKOLAH BERSAMA BLINK

Pusat Sumber Baitul Hikmah telah bekerjasama dengan Jelajah Sekolah bersama Blink untuk memperkenalkan puan Ain Maisarah Binti Daliman iaitu Penulis Novel Remaja yang telah menulis 77 buah novel . Beliau telah meluangkan masa bersama dengan pelajar berkongsi rahsia untuk menjadi penulis berjaya.






MAJLIS PERTUKARAN CG SUZAIKI BIN ALI

Majlis ini telah diadakan pada 11/1/2016 iaitu pada hari Isnin di Dewan SMA Marang.  Kami warga SMA Marang mengucapkan selamat bertugas di tempat baru sebagai Pengetua SM IMTIAZ Kuala Berang.






ORIENTASI TINGKATAN 1  TAHUN 2016 BERSAMA PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH

Orientasi untuk pelajar baru Tingkatan 2016 telah diadakan pada 4/1/2016 iaitu pada hari Isnin di Dewan SMA Marang. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk memperkenalkan Sistem Dewey kepada pelajar .