Thursday 30 January 2020

MAJLIS BUDIMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG

Setelah 30 tahun Cikgu Zaipah Hamezah mengharung dunia pendidikan, hari ini 30 Januari 2020 adalah merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau. Majlis ini dirancang tanpa pengetahuan beliau dan diadakan di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Shafiza selaku Guru Kaunselor dan diikuti dengan ucapan dari wakil pelajar.  Tuan Pengetua juga berucap sebelum Cikgu Zaipah Hamezah. 

Cikgu Zaipah mengucapkan ribuan terima kasih atas majlis yang telah diadakan dan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar. Beliau juga meminta maaf atas apa jua kesilapan yang telah dilakukan.

Diharapkan Cikgu Zaipah akan diberi kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga.




 

Saturday 4 January 2020

ORIENTASI  TINGKATAN 1 TAHUN 2020

1 Januari  sehingga 2 Januari 2020 telah dilakukan orientasi untuk Tingkatan 1 di Dewan Al-Hikmah SMA Marang bermula pukul 10.30 sehingga 2.30 petang. 

Taklimat Orientasi untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2020 bermula dengan Taklimat Penyelaras Tingkatan 1, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Ko Kurikulum, Tamayyuz / KKQ, Penolong Kanan Pentadbiran,  Guru Perpustakaan & Media, Guru SPBT serta Guru Koperasi.










PENDAFTARAN TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2020

Pada tanggal 31 Disember 2019 telah diadakan Pendaftaran untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2020 di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa, ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ucapan Pengetua dan Ucapan dari wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.  Selesai majlis ini ibu bapa dan pelajar baru Tingkatan 1 sudah bolen mendaftar di kaunter pendaftaran, kaunter Pusat Sumber Baitul Hikmah dan belian buku tulis di Koperasi Sekolah.