Thursday 30 January 2020

MAJLIS BUDIMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG

Setelah 30 tahun Cikgu Zaipah Hamezah mengharung dunia pendidikan, hari ini 30 Januari 2020 adalah merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau. Majlis ini dirancang tanpa pengetahuan beliau dan diadakan di Dewan Al-Hikmah SMA Marang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Shafiza selaku Guru Kaunselor dan diikuti dengan ucapan dari wakil pelajar.  Tuan Pengetua juga berucap sebelum Cikgu Zaipah Hamezah. 

Cikgu Zaipah mengucapkan ribuan terima kasih atas majlis yang telah diadakan dan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar. Beliau juga meminta maaf atas apa jua kesilapan yang telah dilakukan.

Diharapkan Cikgu Zaipah akan diberi kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga.




 

No comments:

Post a Comment