Tuesday 30 January 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

28 Januari 2018 iaitu hari Ahad, Dewan al-Hikmah telah dijadikan sebagai tempat untuk PelancaranProgram Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). Ia telah dilancarkan oleh Encik Suhairul Mizan bin Ghazali, Penolong PesuruhjayaPembangunan Manusia, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).  Semoga dengan pelancaran ini, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu akan lebih bersahsiah dalam semua segi.







BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bengkel Kemahiran Komunikasi Peringkat Negeri Terengganu tahun 2018 dengan kerjasama Astro Awani, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT  telah diadakan pada 28 Januari 2018.  Ianya telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 






MESYUARAT PENTAKSIRAN BERDASARKAN SEKOLAH (PBS)

Mesyuarat PBS kali pertama tahun 2018  telah diadakan pada 27 Januari 2018 iaitu pada hari Ahad bermula jam 2.45 hingga 3.45 petang. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMA Marang dan telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Awang Dahan bin Jusoh.




MOTIVASI TINGKATAN 3 & 5

Pada 29 Januari 2018 iaitu hari Isnin telah berlangsung satu motivasi untuk Tingkatan 3 dan 5. Fasilitatornya ialah Cikgu Muhammad bin Ibrahim dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Motivasi ini telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 telah diberi muhasabah diri supaya berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran demi untuk menghadapi PT3 dan SPM.