Monday 29 April 2019

PERKHEMAHAN  PENGAKAP WANITA KEBANGSAAN 2019

Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan 2019 telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.
Peserta kontigen Terengganu  adalah seramai 1100 orang dalam Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan 2019.  5 orang peserta dari Sekolah Menengah Agama juga telah menyertai perkhemahan ini.













MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMA MARANG

Tarikh 29 April 2019 (Isnin), Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17 & Majlis Anugerah Kecemerlangan SMA Marang telah diadakan di Dewan Al-Hikmah.  Perasminya adalah wakil Al FAdhil YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Ahli Parlimen Marang.






Saturday 27 April 2019

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Majlis  Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan tahun 2019 ini telah diadakan pada 24 April 2019 (Rabu) bertempat di SMK Kompleks Seberang Takir dan SK Seberang Takir. 

Alhamdulillah & Tahniah kepada Kontinjen Marang di atas pencapaian;
🔘 JOHAN KESELURUHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2019
🔘 MUHAMMAD BADLI SHAH BIN JAAFAR (SK Wakaf Tapai)
- JOHAN Tilawah (L) SR
🔘 HAMIZATUL HUSNA BINTI ZUL AZAM (SK Medan Jaya)
- No.3 Tilawah (P) SR
🔘 MUHAMMAD AFIF BIN YAHAYA (SMA Marang)
- Johan Tilawah (L) Menengah
🔘 SITI SAFIYYAH BT MOHD AL-AZMI (SMA Marang)
- Johan Tilawah (P) Menengah
🔘 NUR ARIFAH HANNANI BT MOHD NASI (SMKADG)
- Johan Hafazan AQ (P) Menengah
🔘 ADIB NURUDDIN BIN ZAIDI (SMKADG)
- Naib Johan Hafazan (L) Menengah
🔘 Kumpulan Nasyid Shautus Shakirin (SMKADG)
- Naib Johan FNSS KPM Trg 2019

2 orang peserta Sekolah Menengah Agama Marang telah berjaya mencapai kejayaan dalam majlis ini



PROGRAM SENAMROBIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

25 April 2019 telah diadakan Program Senamrobik Peringkat Negeri Terengganu untuk tahun 2019 di Dewan Al-Hikmah Sekolah Menengah Agama Marang.  Ianya telah disertai oleh semua guru dan semua pelajar.  Program bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pukul 9 pagi.







Saturday 20 April 2019

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MARANG 2019

Tanggal 17 Apri 2019 iaitu hari Rabu telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.  Ianya dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Razali Bin Idris (DPSM, BCM, PJK ), Ahli Dewan Negara.
























PROGRAM GOTONG ROYONG " GO CLEAN MARANG 2019 " 


20 April 2019 iaitu hari Sabtu seramai 100 orang pelajar asrama SMA Marang telah terlibat dengan program bersih pantai serentak seluruh Negeri Terengganu. Ianya bermula jam 8 pagi dan berakhir pukul 10.45 pagi. Pelajar SMA Marang telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan Pulau Kekabu.  Diharapkan program ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk menjamin kebersihan Daerah Marang.