Monday 2 April 2018

PERKHEMAHAN PEMANTAPAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH SMA MARANG  TAHUN 2018

Pada 28 Februari sehingga 2 Mac 2018 seramai 90 orang pengawas Pusat Sumber Baitul Hikmah telah mengikuti Perkhemahan Pemantapan ini di Kem Damai, Besut.

Perasmiannya telah dilakukan oleh Encik Wan Mohd Nor Bin Wan Ismail, Penolonh Kanan Pesuruhjaya, Hal Ehwal Murid & Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal AgamaTerengganu.

Peserta dalam program ini telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang membantu Pengawas Pusat Sumber lebih mantap dalam pelbagai situasi.  Mereka juga telah dibawa untuk mendaki Bukit Keluang.

Diharapkan semoga semua peserta dapat menggunakan semua ilmu yang telah diberikan untuk meningkatkan kecemerlangan Pusat Sumber Baitul Hikmah.















No comments:

Post a Comment