Sunday 27 August 2017

BENGKEL PEMBUDAYAAN VLE FROG SMA MARANG 2017

Pada 25 Julai 2017 Unit Makmal Komputer Pusat Sumber Baitul Hikmah telah menjalankan akktiviti untuk membudayakan VLE Frog untuk tahun 2017.

Fasilitator yang dijemput ialah En El Gamillo bin Habibutan iaitu Pegawai dari BTPN Terengganu. Perasmian telah dilakukan oleh Tn Hj Mohd Nor Bin Wan Ismail dari wakil JHEAT (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ). Seramai 20 orang pelajar dan 10 orang guru telah terlibat dalam program ini. 2 orang pegawai dari PKG Marang juga turut terlibat dalam program ini.

Diharapakan program yang berjalan dari jam 8.00pagi hingga 4.00 petang ini dapat memberikan kemahiran yang lebih mendalam untuk para peserta.









No comments:

Post a Comment